Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Karnival Kerjaya Tawar 5000 Peluang Pekerjaan

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

LENDU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – 5000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada golongan belia daripada 15 majikan swasta dan 20 agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam program Hari Terbuka dan Kerjaya Myfuture Jobs Outreach peringkat DUN Lendu semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) kawasan Lendu, Sulaiman Md Ali berkata program ini membuka ruang buat golongan belia mecari peluang pekerjaan sekaligus dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam Negeri Melaka.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program pada hari ini dan kepada semua anak muda yang hadir pada hari ini, semoga anda semua berjaya memperoleh pekerjaan yang dicari,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan didalam program tersebut antaranya sukan rakyat, pertandingan bola jaring, street soccer dan jualan rahmah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda