Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Smart Solat Subuh Tingkat Sahsiah Diri

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 30 kanak-kanak kampung yang berusia 13 hingga 16 tahun berjaya menyertai Program Smart Solat Subuh anjuran Biro kerohanian dan agama, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Rama Pantai dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah yang telah berlangsung selama 10 hari.

Menurut Pengerusi JPKK Pengkalan Rama Pantai, Kamaruddin Yasin, Program Smart Solat Subuh yang telah berlangsung selama 10 hari disusun atur dengan beberapa aktiviti yang mampu memberi penerapan nilai murni serta mendidik kanak-kanak seawal usia mereka untuk lebih mengenali fungsi surau mahupun madrasah yang mana segalanya bermula di rumah ibadat selain daripada kediaman sendiri.

“Program ini bukan sahaja mengajar asas berwuduk dan solat bahkan turut memupuk sifat keikhlasan dalam beribadah, saya berharap semoga ilmu yang diberi bermanfaat selamanya dan diharapkan peserta menjadi anak yang menjaga solat dan juga memahaminya sebagai satu kewajipan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Noor Adha Hashim, turut hadir bersama di program ini bagi menyampaikan taklimat mengenai isu-isu semasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda