Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MPS Lulus 2,383 Bazar Ramadan di 32 Lokasi

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/MPS

SELAYANG, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meluluskan pengoperasian 2,383 bazar Ramadan di 32 lokasi dalam kawasan pentadbirannya tahun ini.

MPS dalam satu kenyataan memaklumkan kelulusan berkenaan diberikan kepada pengelola bazar yang dikendalikan oleh persatuan peniaga dan juga Jawatankuasa Penduduk (JKP).

Menurut kenyataan tersebut, semua 32 wakil pengelola bazar Ramadan dan peniaga telah diberikan penerangan dalam sesi taklimat yang diadakan sebanyak tiga siri mengikut zon bermula pada 4 hingga 6 Mac.

“Sesi taklimat dikendalikan oleh Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

“Pengelola dan peniaga telah diberi taklimat berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan penganjuran bazar Ramadan di kawasan masing-masing berjalan lancar,” katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan penekanan diberikan berkenaan tempoh perniagaan iaitu dari pukul 3 petang hingga 8 malam, termasuk larangan penggunaan polisterina, suntikan TY2 dan lain-lain.

“Pengelola juga perlu memastikan kebersihan tapak kelolaan masing-masing adalah di tahap yang optimum.

“Selain itu, MPS juga mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika operasi peniagaan makanan dan minuman dijalankan selain menyediakan kemudahan pembayaran secara tanpa tunai,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda