Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Gendang Melayu Sarawak Berusia 100 Tahun antara Koleksi Awang Ramdi Bujang

By 6 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Borhan Ahmad Ulis

KUCHING, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Gendang Melayu Sarawak yang dipercayai berusia 100 tahun adalah antara koleksi barang antik simpanan Awang Ramdi Bujang iaitu seorang pengumpul barangan antik di Kampung Pangkalan Kuap di sini.

Menurut Awang Ramdi, 40, koleksi barangan antik yang berada dalam simpanan beliau terdiri daripada barang-barang kepunyaan keluarga beliau, dibeli sendiri dan ada di antaranya juga merupakan pemberian sahabat handai.

“Dalam banyak-banyak koleksi, sebuah gendang Melayu Sarawak mempunyai nilai tersendiri dan sentimental bagi saya kerana ia merupakan harta pusaka turun-temurun daripada keluarga ayah saya,” ujar Ramdi.

Gendang yang dipercayai berusia 100 tahun diwarisi daripada arwah ayahnya yang diturunkan oleh datuk Ramdi dan masih berada dalam keadaan yang elok.

“Saya meminati hobi ini (mengumpul barangan antik) sejak dari bangku sekolah rendah lagi.

“Menerusi hobi ini secara tidak langsung generasi muda dapat mengenali barang-barang antik dan menghargai nilai dan sejarah daripada generasi terdahulu,” jelas Ramdi yang juga aktif dalam persembahan Gendang Melayu Sarawak.

Malah menurut Ramdi, pelajar-pelajar dari universiti tempatan turut melawat dan melihat koleksi antik beliau untuk tujuan pembelajaran.

Terdapat 30 Gendang Melayu Sarawak dalam simpanan beliau.

Ketika ditanya bagaimana beliau menjaga dan membersihkan koleksi antik beliau, Ramdi berkata beliau memerlukan masa sehingga dua hari untuk tujuan tersebut.

“Barangan antik ini memerlukan penjagaan yang rapi dan sekiranya ia tidak dijaga, dikhuatiri koleksi ini akan rosak atas pelbagai faktor seperti usia dan keadaan persekitaran,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda