Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PATI Berkampung di Imigresen Johor untuk Pulang ke Negara Asal

By 6 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Program Repatriasi Migran di Johor mendapat sambutan menggalakkan daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) di sini untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan.

Salah seorang PATI Arris Arian, 42, dari Indonesia, berkata beliau sudah berada di Malaysia hampir lima tahun dan inisiatif yang disediakan ini amat dinantikan bagi membolehkan mereka dapat pulang ke negara asal secara sukarela.

“Program yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia ini amat dihargai dan saya dapat pulang ke negara asal tanpa ada sebarang masalah dan juga tidak melalui ejen yang dilantik oleh mana-mana pihak bagi urusan ini,” katanya.

Program Repatriasi Migran yang bermula pada 1 Mac sehingga 31 Disember depan menggalakkan warga asing tanpa memiliki pas perjalanan yang sah menyerah diri ke mana-mana pejabat Imigresen dan hanya dikenakan kompaun.

Tinjauan di Jabatan Imigresen Malaysia Johor di Wisma Persekutuan Johor Bahru mendapati kumpulan PATI ini mula berkumpul di perkarangan bangunan seawal pukul 5.00 pagi untuk mendapatkan giliran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda