Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PADU Menangani Ketirisan Pemberian Subsidi, Bantuan Kerajaan

By 25 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norizah Hj. Jadid/Nur Azwin Jamil (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru penduduk setempat untuk tidak melepaskan peluang mendaftar PADU dengan segera bagi memastikan tiada ketirisan pemberian subsidi dan bantuan kerajaan kepada golongan sasar.

“Sekarang masalah besar di negara kita, subsidi diberi secara pukul rata di mana semua golongan dapat subsidi dari Perdana Menteri sehingga mereka yang susah dan orang yang paling kaya pun dapat subsidi.

“Ini adalah perkara yang tidak betul kerana sepatutnya diberi kepada orang yang susah dan mereka yang memerlukan,” tegas beliau.

Katanya, sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diwujudkan oleh Kerajaan MADANI bertujuan untuk menangani ketirisan pemberian susidi dan bantuan kerajaan kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar PADU atau bermasalah dalam pendaftaran bolehlah mengambil peluang hari ini untuk membuat pendaftaran di kaunter yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di program ini,” ujarnya di sini semalam.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut merasmikan Program Jiwa MADANI Nur Ramadan Bubur Lambuk Perdana, Parlimen Setiawangsa selain bersama-sama penduduk Perumahan Awam (PA) Desa Rejang bergotong-royong menyediakan 1,500 bungkusan bubur lambuk untuk diedarkan kepada komuniti di kawasan perumahan tersebut.

Nik Nazmi juga menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 40 pelajar anak-anak komuniti di PA Desa Rejang di program yang dianjurkan oleh  Majlis Persatuan Penduduk Subzon 6 Setiawangsa (MPP Subzon 6 Setiawangsa), Universiti Kuala Lumupr (UNIKL), Jabatan Penerangan Malaysia, Komuniti Madani Semarak, Persatuan Penduduk Desa Rejang dan Kawasan Rukun Tertanga (KRT) Desa Rejang.

Turut hadir Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Subzon 6 Setiawangsa merangkap Ketua Komuniti Madani Rozana Ramli dan Pegawai Penerangan Daerah Titiwangsa/Wangsa Maju/ Setiawangsa Norizah Hj Jadid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda