Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pendaftaran PADU, Warga Emas Dibantu

By 29 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Irsyad Abd Majid/Nurul Habibah Hassan (Manjung)

MANJUNG, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Pengisian maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kian rancak menjelang tarikh akhir pengemaskiniannya pada 31 Mac ini.

Ekoran mendapat permintaan yang tinggi bagi membantu masyarakat dalam mengemas kini maklumat ini, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Manjung membuka kaunter PADU di Care Villa Care Centre, Sitiawan, di sini hari ini.

Menurut Ahli Majlis di MPM Grace Wong Lay Keong, 56, sebagai seorang pemimpin masyarakat dia sentiasa memastikan setiap individu di kawasannya tidak terlepas daripada mendapat maklumat seperti PADU ini biarpun pada awalnya ramai yang bersikap skeptikal terhadap sistem ini.

“Kebelakangan ini dapat dilihat semakin ramai hadir ke kaunter pendaftaran PADU yang disediakan khusus bagi membantu golongan yang tiada kemahiran dan pengetahuan dengan pendaftaran dalam talian.

“Pasti ramai mula sedar pengisian PADU ini penting bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menikmati subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Sebarang dasar atau inisiatif yang diwujudkan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan bersama, justeru semua pihak perlu terlibat dan menyokongnya,” ujarnya ketika ditemui.

Dalam sesi itu, seramai 30 warga emas berjaya dibantu dalam mengemas kini maklumat peribadi mereka di sistem PADU.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda