Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pendidikan TVET Penting untuk Penuhi Keperluan Tenaga Mahir Negara – Amirudin

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

PETALING JAYA, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan Selangor akan mengkaji untuk mengadakan sesi pembelajaran kemahiran dan teknikal di peringkat sekolah menengah bermula tahun 2026.

Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mengukuhkan fungsi universiti di negeri Selangor supaya boleh dijadikan T-Bengkel dan vokasional agar dapat memenuhi keperluan tenaga di negara ini.

“Negara memerlukan sumber daya manusia yang pintar dan mahir yang supaya menguasai kemahiran dalam sesuatu sektor.

“Yayasan Selangor dan Kolej Antarabangsa INPENS (INPENS) merupakan bukti kerajaan negeri menyokong penuh program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Expo Interaktif 2024 Jelajah Pendidikan TVET dan Kerjaya Badan Beruniform Selangor di Dewan Sivik, di sini kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa Gunaraj George, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mohamad Zahri.

Katanya lagi, beliau sangat menghargai pentingnya pendidikan vokasional dalam membentuk masyarakat yang terdidik dan terampil.

“Pendidikan vokasional bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran praktikal tetapi juga mempersiapkan mereka untuk memasuki pasaran kerja yang semakin kompetitif,” ujarnya.

Ekspo yang berlangsung selama dua hari bermula 23 Mac tersebut disertai 31 institut pengajian tinggi awam (IPTA), agensi kerajaan dan swasta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda