Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gotong-royong Kacau Bubur Lambuk Erat Silaturahim

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 30 periuk bubur lambuk disediakan secara gotong-royong melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Program Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024 yang telah diadakan di Dataran Tasik Putih Kluang, semalam.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang Izyana Najihah Ismail, berkata daerah Kluang merupakan daerah ketiga program seperti ini dilaksanakan selepas daerah Segamat dan Pontian.

“Acara kacau bubur secara bergotong-royong antara golongan belia melalui platform NGO serta agensi kerajaan juga sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim sesama insan.

“Program ini diadakan bagi meraikan dan memperkasakan orang muda Johor khususnya di daerah Kluang dan dilaksanakan dalam bulan Ramadan sebagai salah satu pengisian dalam kita menghayati kesucian bulan Ramadan,” katanya.

Dalam program yang sama, Menteri Besar Johor telah menyampaikan sumbangan dan bantuan geran peralatan sukan kepada Majlis Belia Daerah Kluang, geran usahawan dan geran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) kepada usahawan belia.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Johor Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor Lee Ting Han.

-ZS-

Tinggalkan komen anda