Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gengsterisme Rosakkan Kehidupan Pelajar

By 24 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Mior Asrul Hadi (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Sikap suka bergaduh sejak di bangku sekolah dikhuatiri akan merosakkan kehidupan seorang pelajar jika tidak ditangani lebih awal.

Menurut Pegawai Bahagian Siasatan dan Penerangan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk Inspektor Noor Aisyah Mat Isa, pergaduhan dalam kalangan pelajar bukan sahaja boleh melibatkan pergaduhan antara dua individu tetapi juga secara berkumpulan.

“Pergaduhan ini merupakan kes jenayah yang sering dilaporkan. Kes biasanya bermula dengan pertengkaran kecil sebelum merebak menjadi kepada sesuatu yang lebih besar,” katanya ketika menyampaikan taklimat ‘Bahaya Gengsterisme di Sekolah’ di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Kesejahteraan Hutan Melintang, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, sikap suka bergaduh sejak di bangku sekolah ini boleh menyebabkan pelajar terjerumus dalam kegiatan jenayah apabila dewasa.

“Hukuman yang dikenakan kepada pelajar oleh pihak sekolah tidak memadai untuk mengubah sikap pelajar. Ini kerana, perhatian dari ibu bapa juga perlu seiring,” ulasnya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Intan Vanitha Shanmuganathan, 48, bersependapat bahawa penglibatan keluarga penting dalam menangani isu ini.

“Selain perhatian dari keluarga, pengaruh rakan sebaya juga boleh mempengaruhi pembentukan sikap pelajar.

“Sehubungan itu, sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil berat akan kehidupan pelajar sama ada di rumah atau di dalam dan luar waktu persekolahan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda