Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PKJR Inisiatif Jangka Panjang Bermula dari Kanak-kanak

By 15 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M.Nawawi/M.Azrul (Kota Setar)

ALOR SETAR, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang bermula dari peringkat kanak-kanak mahupun remaja bagi melahirkan generasi baru pengguna yang mengamalkan budaya selamat dan berhemah di jalan raya.

Menyedari hakikat tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary, Jalan Kolam Air telah menjemput Unit Keselamatan Jalan Raya Korporat (UKJRK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah untuk berkongsi maklumat berkaitan keselamatan jalan raya di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan.

“Para pelajar perlu menjadi pengguna jalan raya yang berhemah, mematuhi segala arahan dan peraturan kerana jalan raya dikongsi bersama dan bukan hak milik individu,” kata Ketua Unit Advokasi UKJRK Yaseri Jusoh di hadapan 300 pelajar, di sini semalam.

Pada majlis yang sama beliau turut menyempurnakan penyampaian watikah perlantikan kepada pengawas sekolah tersebut bagi sesi tahun 2024.

Turut hadir Pengetua sekolah Mohammad Faisol Mohd Salleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda