Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Ihya’ Ramadan Hospital Pendang: Beri Sekadar Mampu, Ambil Sekadar Perlu

By 15 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)

PENDANG, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia, Kelab Resusitasi, Jabatan Kecemasan Hospital Pendang telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan ‘Beri Sekadar Mampu, Ambil Sekadar Perlu’ untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai khususnya penduduk di sekitar daerah Pendang.

Menurut Penyelaras Program, Nur Nadzirah Mohd Basir, program ini diilhamkan dengan berkonsepkan Pasar Amal atau Free Market dimana kita akan memberi pakaian dan barangan keperluan dapur kepada orang ramai yang memerlukan.

“Program ini dilaksanakan pada setiap Hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan dan orang ramai boleh mula mendapatkan keperluan mereka seawal pukul 9.00 pagi di Lobi Hospital Pendang,” katanya.

“Dengan adanya program seperti ini, kita dapat sama-sama membantu mereka yang saling memerlukan dan semoga Ramadan dan Syawal pada tahun ini dapat disambut dengan penuh keberkatan dan kerahmatan Allah s.w.t.

“Sebagai permulaan, memandangkan program ini baru pertama kali diadakan, pemberian sumbangan ini adalah terhad kepada mereka yang terawal sahaja.

“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin turut serta dalam menyediakan sumbangan barangan keperluan dan bagi mereka yang berminat boleh hubungi pihak kami untuk tujuan tersebut,” jelasnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda