Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Bubur Lambuk Perdana Eratkan Ukhwah Antara Penjawat Awam

By 28 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/Al-Fahimie (Temerloh)

TEMERLOH, 28 Mac Malaysiaaktif – Juadah bubur lambuk sudah tidak asing lagi dihidangkan semasa bulan Ramadan untuk berbuka puasa dan melalui Program Bubur Lambuk Perdana yang melibatkan agensi kerajaan di daerah ini, ia mampu mengeratkan ukhwah antara penjawat awam.

Salah seorang penjawat awam yang menyertai program tersebut Norasyikin Sulaiman, 40, berkata, program sebegini amat penting kerana penjawat awam agensi Kerajaan Persekutuan dapat mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain terutamanya dengan penjawat awam yang baru bekerja di sini.

Program anjuran bersama jabatan persekutuan di daerah Temerloh ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pegawai-pegawai di beberapa jabatan utama kerajaan persekutuan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Penerangan dan beberapa lagi jabatan serta agensi lain.

Seramai 50 orang penjawat awam terlibat dalam program yang telah dijalankan semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda