Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Raja Muda Kedah Berkenan Mengurniakan Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri Bagi Tahun 1445 Hijrah

By 28 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Mukhsin Abd Rahim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Bagi Tahun 1445H/2024M anjuran Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang bertempat di Masjid Al Majidi Sungai Layar di sini hari ini.

Baginda berkenan mengurniakan sumbangan berupa wang tunai dan kuih raya kepada 120 orang asnaf-asnaf kariah Masjid Al Majidi Sungai Layar yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan juga pesakit kronik dengan jumlah peruntukan sebanyak RM48 ribu.

Menurut Setiausaha MAIK, Dato’ Dr Haji Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengagihkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Walaupun nilai agihan ini tidaklah terlalu besar, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat mengurangkan beban terutamanya golongan yang sangat-sangat memerlukan.

Baginda kemudiannya turut berkenan mengurniakan cek bernilai RM10 ribu kepada Masjid Al Majidi Sungai Layar sebelum menyempurnakan acara bergambar bersama-sama Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jawatankuasa Masjid Al-Majidi Sungai Layar.

-AA-

Tinggalkan komen anda