Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Program ‘Colours Of Hope: Healing Through Art’ bantu Promosi Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Program kesedaran masyarakat ‘Colours Of Hope: Healing Through Art’ yang telah berlangsung di Timberland, salah sebuah Pusat Perubatan swasta di sini semalam adalah bertujuan untuk mempromosikan pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa.
Ia merupakan program kolaborasi di antara Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sentuhan Kasih Kuching, Pusat Perubatan Timberland Kuching dan Citadines Uplands Kuching dan telah dirasmikan oleh Pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching, George Lam Li.
“Program ini bertujuan mempromosikan pendidikan khas kanak-kanak istimewa bagi memberi kesedaran di kalangan ibubapa tentang pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa ini,” ujar George Lam semasa berucap dalam program tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Timberland, Dr. Kelvin Ch’ng Boon Hong pula berkata, program tersebut memberi tumpuan kepada kesejahteraan, pemerkasaan dan integrasi individu yang mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa tersebut adalah termasuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan, fizikal, Penglihatan, Pendengaran dan masalah pembelajaran seperti Autism, Sindrom Down dan ADHA (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
-ZS-

Tinggalkan komen anda