Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Jualan Rahmah MADANI Bantu Rakyat Buat Persediaan Ramadan

By 11 Mac 2024Mac 12th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) MADANI yang dianjurkan di perkarangan Balai Raya Kampung Bukit Tadok, kelmarin mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk di daerah ini sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan.

Seorang pengunjung warga emas Fatimah Isa, 71, berkata beliau mengambil kesempatan berbelanja di gerai PJR bagi membeli barangan keperluan asas persediaan menyambut bulan puasa pada harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding pasaran.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dengan adanya PJR ini saya dapat menjimatkan perbelanjaan dapur dan langkah kerajaan menyediakan program jualan ini sangat membantu meringankan golongan seperti saya dalam menguruskan perbelanjaan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Turut diadakan Program Pelancaran Kampung Siaga 221 anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), penyampaian Bantuan Bakul Rahmah MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal secara percuma oleh pelatih dari GIATMARA Kuala Telemong dan penyampaian bantuan barangan dapur kepada lebih 200 isi rumah oleh Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) melalui Triton Tuner Club.

-ZS-

Tinggalkan komen anda