Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Kembali ke Sekolah Petronas, PIBG SK Pendang Ceria

By 12 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memberikan galakan dan semangat kepada anak-anak untuk melangkah ke sekolah, Petronas Pendang di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah mengadakan program Kembali ke Sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang, di sini kelmarin.

Menurut pemilik Petronas Pendang, Siti Nur Ahmad, program seperti ini diadakan untuk menceriakan anak-anak yang berusia di antara tujuh hingga 12 tahun bagi memulakan persekolahan baru bagi sesi 2024.

“Turut dibawa bersama ke program ini adalah maskot ‘Mickey Mouse’ yang ditaja bersama PIBG SK Pendang untuk menceriakan suasana,” katanya.

Menurut Guru Besar SKP, Badrul Shahar Abdul Wahab adalah menjadi hasrat pihaknya untuk menzahirkan semangat kebersamaan semua pihak di peringkat pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru, ibu bapa dan pelajar dalam program pertama minggu persekolahan.

“Selain itu, dengan terlaksananya program dengan kerjasama badan bukan kerajaan dan sektor swasta ini akan mencapai hasrat kementerian dalam usaha menjadikan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera,” katanya.

Turut hadir wakil Jabatan Pendidikan Negeri Zaiful Amri Amran, wakil Pejabat Pendidikan Pendang Anuar Zamani Abdul Rahman, Pegawai Perhubungan sekolah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah berkenaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda