Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jambatan Sungai Perangin Oriental Village Dibuka, Beri Keselesaan kepada Rakyat di Langkawi

By 12 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)/Zamri Ibrahim (LADA)

LANGKAWI, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Jambatan Sungai Perangin Oriental Village, di sini kini siap sepenuhnya dan memberi keselesaan kepada pengunjung dan penduduk di salah satu 10 pulau terbaik di dunia itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan penghargaan khususnya kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)  selaku agensi pelanggan atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan projek tersebut.

“Seperti kita sedia maklum dengan siapnya projek ini, ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua pengunjung sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi.

“Projek ini juga akan menjadi satu bukti kepada usaha tanpa henti Kerajaan Madani untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama antarabangsa,” katanya dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Cadangan Membina Baharu Jambatan Sungai Perangin Oriental Village Langkawi di Perkarangan Panorama Langkawi Oriental Village Langkawi, di sini kelmarin.

Ahmad Maslan turut berharap kerjasama dan kolaborasi erat di antara semua pihak yang terlibat terutamanya MOF dan LADA dapat diteruskan bagi projek-projek lain agar pembinaan dapat disiapkan dengan sempurna.

Turut hadir Pengarah Kanan Cawangan Jalan JKR Datuk Ir. Haji Ibrahim Esa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, Pengarah JKR Negeri Kedah Mohd Fisal Ismail, Jurutera Daerah JKR Langkawi Ir. Ts. Khairul Azlan Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi Haji Zulkifli Abdullah dan Pengarah Urusan Cakra Makota Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama Mohd Shahlan Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda