Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Raja Muda Terengganu Kurnia Sumbangan Aidilfitri

By 21 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad (Dungun)

DUNGUN, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tengku Mizan berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan kepada pelajar sekolah dan asnaf fakir miskin di Masjid Al Mustaqim, di sini kelmarin.

Baginda berkenan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan persalinan pakaian kepada 200 pelajar sekolah menengah dan rendah dan 100 asnaf fakir miskin terpilih dari Dungun dan Kemaman sempena sambutan Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam pada bulan hadapan.

Salah seorang penerima Zakaria Abas, 65, melahirkan rasa terharu dan syukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangan kali ini.

“Sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban bagi perbelanjaan keperluan menyambut hari raya nanti,” katanya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Muhamad Azmani Ismat Muhamad Nor, 9, berkata dia teruja dapat bersalam dengan Tuanku dan pengalaman ini tidak akan dilupakan olehnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda