Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPerlis

‘Kick Off Food Safety’ Inisiatif JKN Perlis Pantau Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan

By 21 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaid Bin Ahmad Zubid/Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 21 Mac (Malaysiaaktif ) – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Program Kick Off Food Safety di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, di sini kelmarin.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari, objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai keselamatan makanan kepada pengendali makanan dan orang awam terutamanya di bazar-bazar Ramadan.

Tambah beliau lagi dari tahun 2020 hingga 2023, tiada kes keracunan makanan dilaporkan sepanjang Ramadan dalam negeri Perlis.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah memulakan aktiviti pemantauan sebelum bermulanya bulan Ramadan dengan membuat pemeriksaan di peringkat sumber meliputi bahan mentah dan tempat penyediaan makanan bagi peniaga-peniaga yang telah dilesenkan oleh Majlis Perbandaran Kangar.

Sepanjang bulan Ramadan ini, aktiviti pemantauan akan dilakukan di 16 bazar yang beroperasi di seluruh negeri Perlis.

Sepanjang minggu pertama Ramadan, sebanyak 135 premis telah diperiksa dan kesemua premis yang diperiksa mendapat markah penilaian kebersihan melebihi 80 peratus.

“Hanya dengan perubahan sikap dan tingkah laku pengusaha dan pengendali makanan dalam penyediaan makanan, misi ini boleh tercapai. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha yang enggan berubah selepas nasihat dan bimbingan yang telah diberikan kepada mereka”, tegas beliau ketika sidang media.

-AA-

Tinggalkan komen anda