Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rundingan Kesihatan Boleh Dibuat Secara Dalam Talian

By 7 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ruddy M. Hams/Mohd Hizami

PETALING JAYA, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Individu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penjagaan kesihatan kini berpeluang mendapatkannya secara dalam talian menggunakan telefon pintar dan sambungan Internet 5G.

Khidmat nasihat perubatan secara peribadi berkenaan boleh dilakukan dengan profesional penjagaan kesihatan melalui teleperubatan, mendapatkan nasihat perubatan secara peribadi dan mengakses pelbagai kemudahan kesihatan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata runding cara tersebut mampu mengurangkan kos dan halangan khususnya rakyat yang berada di luar bandar atau tingal di kawasan yang tiada menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Krisis global yang berlaku sekarang telah mempercepatkan proses pendigitalan perniagaan seperti pemasaran digital dan e-dagang sekali gus mengubah semula tingkah laku perbelanjaan pengguna,” katanya.

Menurut Fahmi kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta semasa belanjawan Madani dengan memperkenalkan Geran Digital PMKS Madani (GDPM) yang menawarkan geran sepadan sebanyak 50 peratus atau RM5,000 kepada peniaga yang layak.

“Inisiatif kerajaan ini dilaksanakan sebagai langkah pendigitalan negara khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan,” jelasnya.

Fahmi berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Solusi Digital Penjagaan Kesihatan anjuran Celcomdigi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Menara Celcomdigi, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Pembangunan Industri SKMM Muhammad Razali Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Idham Nawawi, Presiden MMA Dr. Azizan Abdul Aziz dan Pegawai Eksekutif Bank Simpanan Nasional Jay Khairil Jeremy Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda