Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

“‘Handsome’nya Tuanku”

By 7 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Yusoffirman/Sh. Nurrul

TEMERLOH, 7 Mac (Malaysiaaktif) – “’Handsome’nya Tuanku”.

“’Handsome’nya Tengku Mahkota Pahang, seronok betul dapat melihat Tuanku dan berswafoto dengan baginda,” ujar Hasmawati Karoda, 47, yang berkesempatan berswafoto bersama baginda Tuanku kelmarin.

Itulah antara ungkapan yang diluahkan oleh penduduk kampung dan komuniti setempat apabila berkesempatan bertemu Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu berangkat tiba di daerah ini sempena Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024.

Hasmawati turut menyatakan rasa gembira kerana mendapat peluang sebegini.

Temerloh menjadi lokasi keempat sebagai tempat persinggahan baginda Tuanku bertemu dan menyantuni rakyat jelata setelah beberapa hari mudik di sungai Pahang.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf di daerah ini dan berangkat ke Amani Vanila bagi bersantap bersama petugas di daerah Temerloh sebelum meneruskan ekspedisi baginda.

Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 diteruskan ke Jerantut dan berakhir di Lipis semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda