
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kolej Mara Kulim
KULIM, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Fuel Injection System Teaching Kit atau Fistkit merupakan inovasi yang telah menyertai pertandingan International Innovation & Exhibition atau IIEF 2024.
Pertandingan yang telah diadakan semalam di Dewan Darul Aman, Kolej Mara Kulim merupakan satu peluang kepada pensyarah untuk memberikan idea-idea mereka di peringkat antarabangsa.
Di samping itu, ia dapat menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu pengalaman berharga buat mereka.
Menurut Pengarah Kolej Mara Kulim Dr. Nabilah Datuk Hashim, pertandingan sebegini dapat menjadi medium untuk menyemai dan memperkasakan budaya inovasi sesuatu individu dan organisasi.
“IIEF 2024 merupakan platform bagi menggalakkan sesi perkongsian ilmu dan mencipta ruang untuk berkolabrasi samaada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” ujarnya.
IIEF 2024 melibatkan penyertaan dari institusi pendidikan luar dan dalam negara seperti Kolej Mara, Kolej Profesional Mara, MRSM, Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Institusi Pendidikan Tinggi seperti UITM, Quest International Universiti, Universiti Utara Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Kolej Komuniti Segamat 2, Kolej Komuniti Pasir Salak dan Kolej Komuniti Sungai Petani.
Kolej Komuniti Kepala Batas telah menempatkan senarai penerima Pingat Emas bagi kategori Educational Teaching dan Learning.
-ZS-