Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Stok Bekalan Darah di HSA Berkurangan

By 26 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan/Muhammad Nasrulhaq Abd Hamid (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) semakin berkurangan sejak awal Ramadan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, berkata hampir 25 peratus penyusutan pendermaan darah berkurangan ketika ini dan telah menimbulkan kebimbangan pihak hospital untuk menampung permintaan darah bagi rawatan pesakit yang memerlukan.

“Sejak tibanya bulan Ramadan, bilangan penderma darah yang majoritinya kaum Melayu makin berkurangan untuk menderma darah berbanding sebelum Ramadan manakala kaum lain pula masih ada menderma darah.

“Saya menyeru kepada semua Bangsa Johor untuk hadir ke Pusat Pendermaan Darah atau mana-mana tempat yang mengadakan Kempen Derma Darah untuk menderma darah agar stok bekalan darah dapat dikembalikan ke paras yang normal menjelang musim perayaan nanti,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan di Pusat Pendermaan Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Transfusi HSA Johor Bahru Dr. Mohamad Mizan Gusari dan Pegawai Penerangan Pusat Pendermaan Darah HSA Johor Bahru Norlida Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda