Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Teater Tok Kali Singa Angkat Kepahlawanan Tokoh Agama Negeri Sembilan

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)

TAMPIN 4 Mac (Malaysiaaktif) – Pertunjukan teater Tok Kali Singa, di sini kelmarin berjaya mengangkat kisah benar kepahlawanan tokoh agama silam Negeri Sembilan, Tok Kali Singa.

Tok Kali Singa merupakan guru kepada Abdul Qahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap, yang berasal dari daerah ini yang juga tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus pada tahun 1875.

Menurut seorang pengunjung Fadhil Ahmad, 36, persembahan teater tersebut sangat menarik untuk ditonton oleh semula lapisan masyarakat khasnya generasi muda.

β€œIa menceritakan mengenai sejarah pahlawan di Negeri Sembilan yang menentang Inggeris.

“Sejarah ini perlu diketahui oleh golongan muda bagi membakar semangat mempertahankan negara dan mengekalkan keamanan negara,” katanya.

Teater tersebut dipentaskan sempena program Temasya Nada Silam 2.0 di Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, yang berlangsung dari Jumaat lalu hingga malam tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda