Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jemaah Kampung Balik Bukit Gotong-Royong Bersih Surau Menjelang Ramadan

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Kira-kira 30 jemaah surau Kampung Balik Bukit melakukan gotong-royong membersih dan mengindahkan perkarangan surau kampung berkenaan, di sini kelmarin.

Pengerusi Surau Mazlan Tawang, 58, berkata gotong-royong seperti itu merupakan program tahunan sebagai pendekatan untuk memastikan pekarangan surau sentiasa dalam keadaan bersih serta selesa bagi menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadan.

“Ini juga adalah antara cara paling mudah untuk mengumpulkan penduduk kampung dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Surau Raden Abu Bakar, 61, berkata program kali ini mendapat sambutan menggalakkan berbanding tahun sebelumnya dan berhasrat untuk meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang sebagai usaha menyemai semangat kebersamaan terutama dalam kalangan penduduk kampung.

Penduduk kampung Sabri Ismail, 41, menyeru anak muda untuk sama-sama turun padang menyertai aktiviti seperti ini dalam usaha menabur bakti kepada surau dan kampung halaman sendiri.

“Selain aktiviti-aktiviti pembersihan kawasan masjid seperti memotong rumput dan membersih longkang, kita turut membaik pulih sistem pembesar suara dan mengecat semula pagar yang sudah kelihatan pudar disebabkan cuaca,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda