Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warga Kampung Terusan Bantu Kempen Dadah Terkawal 2025

By 4 Mac 2024Mac 5th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Shaharuddin Daud

KUALA PILAH, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Usaha bersepadu semua agensi berkaitan pencegahan dadah perlu mendapat sambutan semua pihak khususnya penduduk kampung bagi memastikan setiap perancangan kerajaan dapat dirasai oleh semua pihak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh Puan Seri Bibi Sharliza Abd Khalid, sebarang perancangan kerajaan untuk mengatasi dan menjayakan dadah terkawal pada tahun 2025 perlu difahami dan dihayati oleh setiap warga masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan pandangan politik.

“Seiring dengan kedudukan Juasseh sebagai antara laluan utama penghubungan antara Pantai Timur dan kawasan Tengah, potensi untuk berlakunya aktiviti jenayah melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah tidak boleh dinafikan.

“Namun sekiranya penduduk sentiasa peka dengan keadaan sekiling dengan melaporkan segera kepada pihak berwajib, maka aktiviti sebegini dapat dikawal,” katanya semasa berucap di Majlis Moh Rodah Kampung 2024 di Kampung Terusan, di sini kelmarin.

Menurutnya lagi, semangat perpaduan dan kesepakatan seperti yang ditunjukkan oleh warga Kampung Terusan bersama  pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) amat dipuji dan pada masa yang sama perlu membuang sikap mendiamkan isu ini sekiranya melibatkan ahli keluarga.

Turut hadir Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan Dr. Hadijah Baba, barisan pemimpin komuniti setempat dan klien-klien AADK Kuala Pilah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda