Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Dataran Segamat Dilimpahi Cahaya Persembahan Sempena Hari Tentera Darat ke-91

By 3 Mac 2024Mac 4th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan  (Segamat)

SEGAMAT, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Bandar Segamat meriah dengan kehadiran orang ramai yang datang bagi menyaksikan Persembahan Mini Tatu Tentera Darat sempena Sambutan Hari Tentera Darat ke-91 di Dataran Segamat, di sini kelmarin.

Persembahan Mini Tatu Tentera Darat merupakan variasi pertunjukkan aksi kemahiran dan kepakaran secara berkumpulan oleh anggota Tentera Darat yang melibatkan konsep perarakan seperti pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata dan ‘drumline’.

Salah seorang penonton Norhasimah Kader, 33, berkata orang ramai yang hadir dapat menyaksikan pelbagai aksi menarik dan mendebarkan dari pasukan Tentera Darat.

“Saya anggarkan 15,000 orang datang menyaksikan pelbagai persembahan dari pasukan elit Para dan Komando, Aset Tentera Darat seperti anjing perang serta kemahiran Army Red Warrior iaitu Tim Akrobatik Motosikal Tentera Darat dengan aksi lagak sambil mempamerkan kecekapan menunggang motosikal,” katanya.

Selain itu, terdapat juga aksi penerjun-penerjun payung terjun mendarat di tengah Dataran Segamat pada waktu malam yang memukau penonton terutamanya kanak-kanak kecil.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman dan Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinshah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda