Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

22 Barangan Diwartakan dalam SHMMP 2024 Negeri Sembilan

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 6 April (Malaysiaaktif) – 22 jenis barangan telah diwartakan dalam pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2024 bagi Negeri Sembilan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, KPDN telah mengumumkan pelaksanaan SHMMP 2024 berkuatkuasa selama 15 hari mulai 5 April 2024 hingga 19 April 2024.

“Antara barangan yang diwartakan adalah seperti daging lembu tempatan (kecuali daging batang pinang), daging lembu import, cili merah, halia tua, bawang besar merah import, bawang kuning besar dan beberapa barangan yang lain.

“Peniaga di Negeri Sembilan dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna hendaklah mengambil tahu hak sebagai pengguna,” katanya ketika ditemui dalam Walkabout Pelancaran SHMMP Hari Raya Puasa 2024 Peringkat Negeri Sembilan di Pasaraya Econsave, Lukut di sini, semalam.

Tambahnya, pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan ketidakpatuhan peniaga dengan Skim ini menerusi empat saluran antaranya aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN atau Whatsapp ke 019-848 8000.

Turut hadir, Veerapan Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda