Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Termurah Madani Sasar Golongan Berpendapatan Rendah

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pastinya pada ketika ini umat Islam sibuk membuat persiapan akhir sebelum menjelangnya Syawal. Ramai mengambil kesempatan untuk berbelanja secara berhemah memandangkan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

Bertitik tolak dari itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani telah menganjurkan Jualan Termurah Madani Parlimen Sungai Petani yang menawarkan harga termurah berbanding dengan harga pasaran khusus untuk warga penduduk Sungai Petani.

Menurut James Antony, 48, beliau turut mengambil kesempatan jualan termurah ini untuk berbelanja walaupun tidak meraikan Aidilfitri. Menurut beliau lagi harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan bertepatan dengan golongan sasar iaitu B40.

Antara barangan yang menjadi tumpuan ialah ayam, daging batang pinang, minyak masak, telur dan sebagainya.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda