Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Waris Mangsa COVID-19 Dapat Bantuan Aidilfitri

By 7 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Ahmad Nur Zahidi Mairop (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 104 orang yang kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19 menerima sumbangan hari raya sebanyak RM200 setiap seorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng, berkata sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri yang sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat Johor.

“Ini adalah salah satu cara kerajaan negeri Johor membantu rakyat terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang lalu dan lebih banyak inisiatif bakal dinikmati rakyat dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Hari ini juga sebanyak 100 buah keluarga yang memerlukan dalam DUN Penggaram menerima bantuan RM100 setiap keluarga sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Aidfilfitri DUN Penggaram bertempat di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, semalam.

Peck Cheng berkata program kali ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Daerah Batu Pahat.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim Daerah Batu Pahat, Manisah Sidek dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat, Norimawati Selamat.

-AA-

Tinggalkan komen anda