Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Amalan Menderma Darah Mampu Selamatkan Nyawa

By 29 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Salah satu amalan yang sangat mulia dan dituntut oleh agama dan mampu menyelamatkan nyawa orang lain adalah dengan menderma darah.

Menyambut baik amalan mulia ini, Jabatan Patologi, Unit Tabung Darah, Hospital Daerah Tanah Merah telah mengadakan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan bagi menggalakkan orang ramai untuk menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan darah.

Ahmad Ariffin ketika menderma darah.

Menurut Pegawai Perubatan dari Unit Tabung Darah, Hospital Daerah Tanah Merah, Dr. Nuradilla Mohd, 37, kempen derma darah yang diadakan berjaya mencapai sasaran dengan 37 beg darah berjaya dikutip.

“Terima kasih saya ucapkan kepada warga Tanah Merah yang hadir menderma darah,” katanya di Program Jelajah e -Kasih @ Tanah Merah yang diadakan di Dataran Padang Majlis Daerah Tanah Merah, kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Unit Tabung Darah, Fauzi Shafie, 59, berkata kempen derma darah akan terus diadakan dari semasa ke semasa untuk menampung kekurangan darah di hospital ini.

Program Jelajah e-Kasih @ Tanah Merah di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah.

Penderma darah, Ahmad Ariffin Deraman, 51, berkata beliau telah menderma darah sebanyak 43 kali dan setiap kali selepas selesai proses menderma darah, badan akan rasa lebih ringan dan bertenaga.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kelantan Haji Jasri Kasim, Ketua Jajahan Daerah Tanah Merah Haji Ahmad Adlee Yasin, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda