
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
DURIAN TUNGGAL, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Program Kampung Angkat Pergigian yang diadakan di Kampung Bukit Tambun merupakan satu inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Durian Tunggal dalam usaha menyampaikan perkhidmatan pergigian kepada rakyat.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal Zahari Abd Kalil, berkata program tersebut julung kali diadakan dalam DUN Durian Tunggal.

Simulasi memberus gigi dengan betul.
“Hari ini pihak klinik membawa terus lori yang mempunyai kelengkapan untuk membuat pemeriksaan gigi bagi memudahkan orang awam dan penduduk kampung khususnya untuk mendapatkan rawatan atau memeriksa gigi meraka,” katanya, di sini semalam.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti simulasi memberus gigi dengan betul, taklimat isu semasa dan kuiz kenegaraan.
-ZS-