Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aminuddin Rai Asnaf dan Anak Yatim Sempena Jelajah Ihya’ Ramadan

By 4 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi (Tampin)

GEMENCHEH, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun meluangkan masa meraikan 50 asnaf dan anak yatim dalam Jelajah Ihya’ Ramadan di Masjid As-Syakirin, di sini semalam.

Aminuddin dalam ucapannya menasihatkan penerima agar menggunakan sumbangan yang diterima sebaik-baiknya untuk persiapan hari raya yang akan disambut pada minggu hadapan.

“Terima kasih kepada Selia Group, TELEKOM Malaysia Bhd (TM), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan syarikat serta agensi yang memberi sumbangan kewangan dan sumbangan lain dalam menjayakan program hari ini,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut menyampaikan serahan bantuan sokongan kewangan khas Institusi Masjid dan Surau Daerah Tampin RM441,000 sempena Ramadan 1445H.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Hj Mohd Isa, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar dan Pegawai Daerah Tampin Muhamad Fadhil Hassan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda