Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Mat Kamal Usahawan Tani Berjaya Tanah Merah

By 3 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khalisah Khazir (Alor Setar)

TANAH MERAH, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Sejak di bangku sekolah lagi Muhammad Kamal Che Awang, 35, atau dikenali sebagai Mat Kamal cenderung untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatannya.

Beliau lebih gemar membantu ayahnya menanam sayur-sayuran dan tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pekerja kolar biru atau putih.

Mat Kamal kini dikenali sebagai salah seorang usahawan tani berjaya yang mampu mengupah pekerjanya sendiri serta memiliki kebun-kebun sayuran di setiap pelosok kampungnya.

Menurut Mat Kamal, beliau pernah beberapa kali diajak oleh rakan-rakannya untuk keluar bekerja di bandar, namun beliau menolaknya kerana ingin merealisasikan cita-cita mempunyai kebun sayuran hijau sendiri.

“Pada masa ini, saya lebih fokus kepada tanaman seperti kacang panjang, kacang buncis, bendi, cili, peria, ubi dan terung.

“Hasil tanaman ini dihantar ke kedai-kedai, pasar raya dan turut dijual peniaga di tepi-tepi jalan. Pendapatan jualan juga agak lumayan walaupun pada masa sekarang harga barang-barang yang meningkat,

Menurutnya, pelbagai cabaran yang beliau terpaksa hadapi sepanjang menceburi dalam bidang pertanian ini.

“Cabaran seperti serangan serangga perosak, peningkatan kos pengeluaran seperti penggunaan mesin dan sebagainya serta ancaman cuaca yang buruk.

“Namun, tidak sedikitpun perasaan mengalah dan putus asa wujud dalam diri saya.

Katanya lagi, selepas mendapatkan inisiatif melalui program Agropreneur Muda pada tahun 2019, berkat usahanya secara berterusan membuahkan hasil pertanian apabila berjaya mencipta produk baja buatan sendiri.

“Saya menceburi bidang ini untuk membantu anak-anak muda di kampung yang masih menganggur supaya bersama-sama bekerja dan mengusahakan tanaman sayur-sayuran.

“Kebanyakan anak-anak muda pada era globalisasi ini enggan terjun ke dalam bidang pertanian,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda