Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Aplikasi ‘Friends of Sabah’ Identiti Kesejahteraan dan Keselamatan Kawasan ESSZone

By 22 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nuzuluddin Abdul Razak/Sunday Grace Justimus (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menyasarkan untuk segera memperkenalkan aplikasi ‘Friends of Sabah’ tahun ini sebagai usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan rakyat termasuk pelancong luar negara dan tempatan di kawasan Pantai Timur Sabah atau Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos, berkata selain ESSCOM aplikasi dengan tetapan khas utama panggilan kecemasan atau ‘SOS Call’ itu juga menghubungkan beberapa agensi keselamatan lain yang berhampiran dengan pengguna termasuk pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan hospital.

“Apabila pengguna (pelancong atau orang tempatan) menghadapi masalah keselamatan seperti cubaan penculikan, ugutan atau kemalangan, mereka boleh menekan butang SOS melalui aplikasi ini yang kemudian akan diterima segera oleh pegawai di pusat operasi ESSCOM.

Victor Sanjos dalam wawancara Program Kanou Misorita, Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

“Kita (ESSCOM) akan kenal pasti mana-mana aset kita yang terdekat untuk datang memberi bantuan kepada individu yang menghantar isyarat kecemasan berkenaan dan dengan aplikasi ini kita dapat menterjemahkan ketersediaan ESSCOM yang sentiasa ada, selaras dengan moto ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’, ujarnya semasa sesi podcast Kanou Misorita anjuran Jabatan Penerangan Sabah, di sini hari ini.

Jelas Victor, pengenalan aplikasi keselamatan ini wujud sebagai satu bentuk jaminan dan sokongan moral serta keselamatan kepada setiap masyarakat selain mencipta imej yang lebih positif mengenai kesejahteraan sosio-ekonomi khasnya daerah di dalam kawasan ESSZone.

“Saya percaya selepas individu memuat turun aplikasi ini, masyarakat tempatan mahupun pelancong luar negara akan menjalin talian persahabatan bersama ESSCOM, walaupun pengguna tidak lagi berada di kawasan ESSZone atau kembali ke negara masing-masing, ESSCOM akan sentiasa kekal di hati mereka.

Victor Sanjos dalam wawancara Program Kanou Misorita, Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

“Aplikasi ini tujuan dia juga untuk merapatkan lagi kerjasma ESSCOM dengan rakyat, di sini mereka boleh mendapatkan maklumat penting atau berita yang kita akan masukkan sebagai info kepada pengguna dan perkhidmatan aplikasi ini akan ditingkatkan dari masa ke masa.

“Pada masa yang sama ada mungkin maklumat yang kita akan kemas kini di dalam aplikasi ini, sekarang ini masih dalam tahap pengembangan dan kita mahu ianya mesra pengguna dengan satu langkah pendaftaran sahaja,” ujarnya.

Untuk rekod, ESSCOM telah ditubuhkan sejak 11 tahun lalu melibatkan Kawasan ESSZone merangkumi 10 daerah iaitu di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda