Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

CHARM Terima RM80 Ribu daripada KBS

By 18 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/KBS (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Persatuan Sorak dan Daftar Malaysia (CHARM) telah menerima peruntukkan sebanyak RM80 ribu daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menyertai Kejohanan Sorak Dunia 2024 di Orlando, Amerika Syarikat.

Jumlah itu termasuk RM50 ribu yang diluluskan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWSAN), manakala RM30 ribu lagi daripada peruntukan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai sokongan untuk aktiviti mereka.

Hannah telah hadir ke Sekolah Sri Kuala Lumpur semalam bagi berjumpa dengan pasukan CHARM yang terdiri 20 orang atlet berumur antara 12 hingga 15 tahun dan dua jurulatih serta seorang pengurus pasukan sebelum mereka berlepas ke Orlando.

“Apabila belia kita terlibat da?am sukan, mereka akan belajar berpasukan, menyokong satu sama lain, dan bermain mengikut peraturan. Dengan ini, pembinaan negara akan berlaku. Patriotisme bermula di sini,” kata Hannah sambil mendoakan kejayaan kepada peserta.

Kejohanan Sorak Dunia yang menandakan ulang tahun ke-21 itu akan berlangsung mulai 24 hingga 29 April ini dengan melibatkan seramai 10,000 atlet dari 80 negara berkumpul di bawah naungan International Cheer Union (ICU).

Sorak telah dimasukkan dalam senarai sukan yang diwartakan dan diiktiraf di bawah Jadual Pertama Akta Pembangunan Sukan 1997 sejak 10 Mac 2023.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda