Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Golongan Asnaf Dan Anak Yatim Tidak Pernah dipinggirkan

By 8 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)
KUALA KEDAH, 7 Apr (MalaysiaAktif) – Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, setiap amalan mulia yang dilakukan akan dilimpahi dengan pahala yang berganda.
Bagi mendapatkan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan ini seramai 40 orang dari golongan asnaf dan anak yatim sekitar Taman Kota Nelayan telah diraikan pada Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Perkarangan Masjid Al-Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah.
Pengerusi Masjid Al-Maarufi, Ustaz Muhammad Hazameer Muslim ketika di temui berkata, pihaknya berterima kasih kepada penyumbang dari Lembaga Zakat Negeri Kedah dan JAKEL Textiles Alor Setar yang sudi meraikan 40 orang golongan asnaf dan anak yatim tersebut.
“Program seperti ini diadakan setiap tahun dalam bulan Ramadan dan kami juga sangat berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menaja dan menyumbang kepada majlis ini, hanya Allah sahaja yang akam membalasnya di sana nanti,” ujar beliau.
Menurut salah seorang penerima sumbangan, Jamilah Safar, 54, berkata beliau amat bersyukur dan berbesar hati kerana Kariah Masjid Al Maarufi menganjurkan program seperti ini dan sering menyantuni kami golongan asnaf di sini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Komuniti Madani Kubang Rotan Zon C dan Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar yang turut sama-sama menjayakan program ini.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda