Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KBS Komited Lahirkan Belia Mahir Teknologi EV

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amir Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

HULU LANGAT, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited memacu usaha untuk menarik pelaburan sehingga RM20 bilion dalam industri kenderaan elektrik (EV) hingga ke paras dua kali ganda menjelang 2030.

Selaras hasrat tersebut, kerajaan menyasarkan peningkatan sebanyak 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi menjelang 2030 melalui pelbagai kursus di institusi-institusi kemahiran terutamanya bagi golongan belia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyahut cabaran ini dengan menyediakan inisiatif melalui Kursus EV di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) ketika menyempurnakan Perasmian Majlis TVET ILKBS sebagai pelaksana rintis Kursus Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Hulu Langat.

“Peluang-peluang kerjaya baharu bakal dimiliki oleh generasi muda apabila sektor pembuatan EV dalam negara semakin berkembang maju dan lebih kukuh menjelang 2025.

“Ia disokong dengan pelbagai insentif seperti pengecualian cukai dan cadangan memasang 10,000 stesyen pengecas EV awam di seluruh negara bagi menambah jumlah 1,246 stesyen sedia ada”, katanya di sini semalam.

Sebagai perintis kursus kenderaan elektrik dan hibrid negara, pada Februari lalu ILKBS melalui IKTBN Dusun Tua telah mengambil seramai 30 orang belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di bawah umur 30 tahun  bagi mengikuti kursus EV sepenuh masa.

Selain IKTBN Dusun Tua, dua lagi ILKBS yang menawarkan kursus EV adalah di IKTBN Chembong dan IKBN Jitra.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda