Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Muhammad Afiq Raduan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Pilah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah telah menyantuni dan mengadakan Ziarah Kasih klien AADK, di sini semalam.
Menurut Pegawai AADK Daerah Kuala Pilah Rozita Muhammad Rusli, program ini merupakan cetusan idea Menteri Besar Datuk Seri Utama Aminuddin Harun yang bertujuan membantu klien yang tidak berkemampuan bagi merasa nikmat berhari raya.
‘’Di samping dapat mendengar permasalahan mereka serta memastikan mereka kekal pulih di dalam komuniti dan tidak dipinggirkan.
“Program ini juga dapat mendekatkan agensi yang turut serta dengan klien AADK agar perkara yang berkaitan seperti masalah kediaman atau kesihatan dapat diambil tindakan sewajarnya,’’ katanya.
Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap dan Timbalan Setiausaha MAINS Datuk Nor Azmi.
-ZS-