Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Masyarakat Orang Asli Terima Sumbangan Beras Fidyah 

By 5 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aniss Rahin/Muhamad Yusof Bistamam (Perak Tengah)

BOTA, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 90 kampit beras fidyah diagihkan kepada masyarakat Orang Asli beragama Islam dalam satu majlis di Surau Nurul Hidayah, Kampung Suak Padi, di sini semalam.

Agihan ini merupakan hasil sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Seri Iskandar dan telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Perak Tengah Mohamad Hanafi Ahmad dengan kerjasama Komuniti Madani Suak Padi.

Pegawai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Ustazah Nurul Husna Abdul Wahab, 38, meluahkan rasa syukur dengan adanya majlis penyerahan ini yang telah dihadiri oleh beberapa buah keluarga dan saudara baru melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tumboh Hangat, Kampung Suak Padi dan Kampung Gedung Batu.

“Kami sebagai penggerak kerja dakwah akan terus komited dalam memastikan masyarakat Orang Asli khususnya yang beragama Islam diperkenalkan dengan keindahan Islam dan berusaha untuk menyantuni mereka dalam pelbagai program keagamaan.

“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha menyampaikan sumbangan khususnya Pejabat Penerangan Daerah dan Komuniti Madani Suak Padi,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda