Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti Madani Rai Keharmonian di Aidilfitri

By 21 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah/Ahmad Firdaus (Hilir Perak)

LANGKAP, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Kisah tular sekumpulan penduduk Cina membaiki jalan alternatif bagi pengguna jalan raya yang pulang beraya minggu lalu nyata membuka mata ramai pihak.

Usaha murni kumpulan itu mendapat pujian netizen dan telah menarik perhatian termasuk agensi media yang membuat laporan susulan mengenainya.

Sehubungan itu, Komuniti Madani Sungai Manik dan Komuniti Madani Chenderong Balai mengambil inisiatif untuk meraikan individu terlibat sebagai tanda sokongan kepada peristiwa unik tersebut dengan mengadakan kunjungan hormat ke Kampung Baru Palawan yang terbabit, di sini.

Timbalan Ketua Komuniti Madani Sungai Manik Zainuddin Mat Husin, berkata kunjungan ini dibuat bagi menyampaikan sijil penghargaan di samping mengeratkan hubungan bersama penduduk setempat.

“Kami yang tinggal sekitar Langkap memang mengenali mereka yang membaiki jalan tikus itu.

“Kami rasa terpanggil untuk memberikan sijil dan cenderahati tanda penghargaan kepada sahabat kami sekali gus mengukuhkan perpaduan antara kaum di daerah ini.

“Telah banyak orang luar dan pihak media datang ke sini untuk menemu ramah mereka, namun tiada lagi yang hadir dan menterjemahkan penghargaan kepada usaha sukarela yang mereka lakukan itu,” kata Zainuddin ketika ditemui di sebuah majlis penghargaan ringkas di Kedai Kopi Ming Lee, di sini kelmarin.

Selain penyampaian sijil kepada wakil penduduk, sesi beramah mesra antara ahli Komuniti Madani serta pegawai dan kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak turut berlangsung selama kira-kira 30 minit dengan penduduk kampung tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda