Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Perkukuh Perpaduan Antara Kaum Sempena Aidilfitri

By 22 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

BUKIT TAMBUN, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 Parlimen Batu Kawan dan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tambun, yang diadakan semalam mengukuhkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengajak seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, bangsa serta agama untuk terus menyemai semangat perpaduan dan keharmonian secara bersama.

“Semangat toleransi dan saling menghormati adalah asas utama pembentukan sebuah masyarakat yang gemilang.

“Pulau Pinang bukan hanya terkenal dengan kemajuan ekonominya yang pesat, tetapi juga sebagai contoh terbaik dalam pembangunan yang adil dan seimbang tanpa meminggirkam mana-mana golongan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada ADUN Bukit Tambun Goh Choon Aik, atas usaha bijaknya dalam memulihkan semula kompleks Harbour Lodge yang kini diurus tadbir oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Beliau berharap kompleks ini dapat dimanfaatkan secara komersial sebagai destinasi pelancongan yang menarik, tidak hanya bagi kawasan sekitarnya tetapi juga bagi Pulau Aman.

Majlis yang diadakan di Harbour Lodge, Jeti Batu Musang itu turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Turut hadir ADUN Bukit Tambun Goh Choon Aik, Pegawai Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Selatan Khairulnizam Hashim serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Datuk Azhar Arshad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda