Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS
SHAH ALAM, 18 Apr (Malaysiaaktif) ā Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menghalang insiden pencemaran tumpahan minyak di Sungai Durian, Serendah.
PengerusiĀ Jawatankuasa TetapĀ Kesihatan Awam dan Alam SekitarĀ NegeriĀ Selangor Jamaliah Jamaluddin, berkata kesan minyak ditemukan di aliran Sungai Durian sekitar jam 11 pagi semalam dan LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air.
Katanya siasatan mendapati kesan minyak di aliran sungai tersebut berpunca daripada set janakuasa sebuah tapak projek pembangunan yang jaraknya sekitar 170 meter dari sungai berkenaan.
āLUAS juga telah mengarahkan premis berkenaan untuk melaksanakan kerjakerja pembersihan di Sungai Durian yang telah tercemar dengan kesan minyak tersebut.
āPensampelan di kawasan premis serta aliran Sungai Durian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk Analisa dan tindakan lanjut siasatan dan penguatkuasaan di bawah Seksyen 79 (1) Enakmen LUAS 1999,ā katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, LUAS telah menjalankan pemantauan rapi kerja-kerja pembersihan tersebut sepanjang hari semalam yang mana ianya telah selesai pada jam 12.30 pagi hari ini.
āVerifikasi LUAS di kawasan premis dan di Sungai Durian mengesahkan bacaan 0 ton dan tiada kesan minyak ditemui.
āOperasi mitigasi ini ditamatkan pada jam 12.30 pagi setelah didapati keadaan Sungai Durian adalah normal dan tiada lagi sebarang risiko pencemaran kepada LRA Rantau Panjang dan LRA utama negeri yang lain,ā jelasnya.
-ZS-