Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Op Selamat 2024: Polis Maran Serah Borang

By 8 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly (Maran)

MARAN, 8 Apr (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyerahkan borang maklumat balik kampung kepada penduduk di daerah ini yang ingin pulang beraya.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mohamad Zamri Mohamed Zaber berkata, Kempen Op Selamat saban tahun dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pengguna untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Saya juga ingin berpesan kepada semua yang hadir untuk sentiasa peka ketika meninggalkan kediaman untuk bercuti sempena hari raya yang akan menjelang tiba dan jangan lupa untuk mengisi borang atau Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan pemantuan dilakukan oleh pihak polis di kediamam anda,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Kempen Op Selamat kali ke-22, di sini, semalam.

Tambah beliau, pertambahan jumlah kenderaan secara tidak langsung akan meningkat melalui lebuhraya mahupun jalan persekutuan semestinya memerlukan perhatian dan pertolongan.

“Justeru itu, saya berharap kerjasama jabatan dan agensi lain dapat membantu untuk memainkan peranan yang lebih efektif dalam membendung dan membantu agar semua pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi,” ujarnya.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda