Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pelepasan 50,600 Benih Ikan ke Sungai Perak Tingkat Sumber Perikanan

By 27 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Perikanan Perak melepaskan sebanyak 50,600 benih ikan ke perairan umum Sungai Perak membabitkan empat spesis ikan air tawar iaitu baung, kerai kunyit, lampan dan temoleh, di sini semalam.

Benih ikan temoleh dan kerai kunyit yang dilepaskan merupakan antara spesis ikan yang bernilai tinggi dan hampir pupus.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia Haji Bohari Haji Leng, objektif pelepasan ini dilakukan bagi memulihara dan meningkatkan sumber perikanan sungai yang berhadapan bahaya kepupusan.

“Selain itu, pelepasan benih ini juga bertujuan untuk menambah stok ikan di samping menyusun semula taburan spesis ikan berdasarkan habitat dan persekitaran semula jadi,” ujarnya ketika berucap merasmikan program.

Haji Bohari dan ketua jabatan lain bergambar sebelum pelepasan benih ikan.

Tambah Haji Bohari, lawatan ke projek ternakan ikan dalam sangkar sepanjang Sungai Perak turut diadakan bagi memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada semua Ketua Cawangan Pembangunan Akuakultur dari negeri lain.

Turut hadir Pegawai Daerah Hilir Perak Saidi Haji Shaari dan Pengarah Perikanan Negeri Mohd Ghazali A. Manap.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda