Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Produk Pelancongan Labuan Berpotensi Distruktur Semula Agar Lebih Menarik Kedatangan Pelancong

By 27 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Produk-produk pelancongan Labuan boleh distruktur semula bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke Labuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa beberapa bulan kebelakangan ini pihak kerajaan telah memberi perhatian yang agak serius terhadap perkara-perkara asas di Labuan ini.

Dr. Zaliha (tengah) menyempurnakan perasmian LISC 2024.

“Antara potensi yang dilihat boleh dilaksanakan di Labuan adalah untuk menstrukturkan semula produk-produk pelancongan sedia ada agar lebih menarik dan mendapat perhatian pengunjung, baik domestik mahupun antarabangsa.

“Sebagai contoh, penganjuran Labuan International Sea Challenge atau LISC yang telah masuk tahun ke-26 penganjurannya ini merupakan salah satu daya tarikan ‘sport tourism’ (pelancongan sukan) yang boleh dibanggakan dengan penglibatan 11 negara termasuk Malaysia, dengan penyertaan keseluruhan program melebihi 2,000 peserta dalam 18 acara yang dianjurkan ini secara tidak langsung memberi limpahan manfaat ekonomi dan sosio ekonomi kepada penduduk di Labuan.

Dr. Zaliha (dua dari kiri) meninjau hasil peserta pertandingan mencadat sotong.

“Salah satu acara yang dipertandingkan iaitu Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau yang akan diadakan pada 28 April ini menjadi pilihan atlet sukan berkayak sebagai medan persiapan untuk SUKMA dan Sukan SEA.

“Selain terdapat beberapa acara baharu yang dipertandingkan seperti Coastal Ninja Warrior, Regatta LISC 2024 dan Glamping LISC 2024 bagi menggalakkan lagi penyertaan daripada komuniti Labuan dan peserta dari luar Negara,” katanya semasa merasmikan Labuan International Sea Challenge (LISC) 2024 dan Minggu Perpaduan : Kembara Perpaduan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

Jelasnya penganjuran LISC pada masa akan datang perlu mencari ruang untuk menambah baik lagi standard penganjuran untuk menarik minat lebih ramai lagi peserta dari dalam dan luar negara.

“Saya telah mengarahkan Perbadanan Labuan untuk menyediakan ruang bagi peserta dan orang awam untuk memberi maklum balas baik dari segi aduan, komen mahupun kritikan bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan kualiti penganjuran acara ini pada masa hadapan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda