Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pempengaruh Perlu Hasilkan Kandungan Sesuai untuk Semua Lapisan Umur

By 3 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Shaharuddin Ahmad (Kementerian Komunikasi)

PUTRAJAYA, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap pihak pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial menghasilkan kandungan yang bersesuaian dengan semua lapisan umur terutama kanak-kanak.

“Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun.

“Kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Apresiasi Pengamal Media Bersama Fahmi, di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

“Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka,” katanya.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan pengendali platform media sosial dalam masa terdekat untuk memastikan setiap kandungan yang dimuat naik boleh atau tidak ditonton oleh kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda