Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perdana Menteri Menyalurkan Sumbangan kepada Mangsa Banjir

By 23 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari

DURIAN TUNGGAL, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Hujan lebat di luar jangkaan yang melanda mukim ini pada minggu lepas menyebabkan banjir di Pekan Durian Tunggal dan beberapa kawasan turut ditenggelami air.

Sehubungan itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Shamsul Iskandar turun padang menyampaikan sumbangan bencana banjir yang melibatkan beberapa buah rumah di sini semalam.

Meninjau sungai yang melimpah ketika banjir tempoh hari.

“Saya menyampaikan salam dan sumbangan Perdana Menteri kepada mangsa banjir serta percaya di peringkat negeri juga telah mengusahakan bantuan-bantuan yang perlu.

“Kita lihat kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat di kawasan ini dan sebanyak 13 buah rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini menerima sumbangan khas daripada Perdana Menteri sebanyak RM500 bagi setiap rumah yang terkesan,” ujarnya.

Melihat keadaan dalam rumah mangsa banjir.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Zahari Abd Kalil.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda