Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Batu Kelapa Ikhtiar Perubatan Tradisional

By 23 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Kelapa mempunyai banyak fungsi dan biasa digunakan dalam masakan.

Walau bagaimanapun, siapa sangka kelapa juga boleh menjadi batu dan penawar kepada penyakit termasuk penyakit kronik.

Berasal dari Besut, Terengganu, seorang buruh kampung dan juga pengamal perubatan tradisional, Ayob Abdul Majid, 61, berkata buah kelapa yang digunakan adalah keras seperti batu.

Orang ramai mengerumuni Ayob Abdul Majib yang sedang memberi maklumat keunikan batu buah kelapa

Untuk menggunakan isi di dalam, kelapa ini perlu dibelah terlebih dahulu menggunakan mesin gerudi.

“Isi kelapa atau buntat kelapa yang keras seperti batu ini unik kerana boleh dijadikan batu permata yang kemudiannya dijual,” katanya ketika ditemui di Pasar Bulatan Tuan Padang, di sini.

Katanya, ilmu ini diwarisi oleh arwah bapa sejak 30 tahun dahulu dan kelapa ini boleh menjadi penawar sekiranya digunakan dengan sebaiknya bergantung kepada kekuasaan Allah.

Menurutnya, pokok kelapa jenis ini tumbuh di Kampung Berek 12, Kota Bharu dan di Kampung Pasir Panjang, Terengganu, tetapi kini tumbuhan ini hanya wujud di Kampung Pasir Panjang sahaja dan ia hampir pupus akibat fenomena alam.

Seorang pelanggan, Zakaria Hj Mat, 73, berkata beliau meminati batu ini kerana boleh dibentuk menjadi batu cincin dan kilauan pada batu ini sangat cantik.

Batu dari buah kelapa yang dipamerkan

Seorang lagi pelanggan, Hassan Mat Zin, 62, berkata batu kelapa ini sukar diperolehi dan sangat unik dan bagi penggemar batu permata, koleksi ini wajib ada.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda